Khamis, 26 April 2012

BUDAYA MATERIALISME

Materialisme adalah sifat yang tergolong dalam kehidupan masyarakat di alam kebendaan. Bagi pandangan & pemerhatian saya, materialisme ini semakin terserap ke dalam sanubari masyarakat dunia yang sedang terkejar-kejar untuk mencari kesenangan dunia dengan kebendaan yang ada disekeliling mereka. Sikap ini dilihat sentiasa diwarisi oleh generasi-generasi baru, iaitu dari ibu bapa ke anak-anak sehinggalah ke anak cucu mereka. Maka wujudlah suatu budaya baru yang semakin mendominasi global iaitu BUDAYA MATERIALISME. Lebih membimbangkan lagi apabila budaya ini membawa imapak negatif yang terlalu dasyat kepada persekitaran. Memanglah kita sebagai individu tidak dapat melihat kesannya yang besar itu, tapi apabila kita renung-renungkan apa yang berlaku pada dunia hari ini, semuanya berkait rapat dengan budaya materialisme yang semakin kerap diamalkan manusia sekarang.
Sikap dan sifat yang mementingkan kebendaan ini cuba ditanam dalam diri remaja. Mereka cuba dimomokkan dengan cara berbelanja, corak kehidupan, memilih kerja dan membina impian mereka. Segala perjalanan hidup mereka penuhi dengan nilai kebendaan semata-mata. Hingga ia melahirkan falsafah, guna segala sumber alam yang ada dan jangan fikirkan apa yang perlu ditinggalakan kepada generasi akan datang. Ini kerana segala apa yang kita miliki perlu kita habiskan hari ini juga. Ini juga menyebabkan lahirnya gaya hidup berbelanja segala pendapatan yang diperolehi, tanpa perlu memikirkan keadaan akan datang. Konsep berbelanja dengan sederhana serta, menjadi pengguna yang bertanggungjawab tidak wujud di dalam nilai kehidupan materialisme.
Situasi sebeginilah yang menemani generasi muda dalam proses pembesaran mereka hingga merasakan budaya sebegini adalah perkara utama yang perlu ada dalam kehidupan. Tidak salah untuk memilih kerja atau membina impian tetapi, apabila mereka cukup dewasa, maka apa yang diajar oleh orang tua mereka akan diaplikasikan, malah dengan lebih teruk apabila budaya itu disalahgunakan. Kuasa yang ada ditangan mereka digunakan sewenang-wenangnya. Apa yang lebih ditakutkan ialah mereka akan melakukan kesalahan untuk memenuhi tuntutan kehidupan materialisme mereka itu.
Cuba renung-renungkan kenapa berlakunya penindasan, perang & sebagainya? Semuanya disebabkan oleh pengaruh nafsu materialistik yang mengaburi mata seseorang itu untuk bersifat seperti manusia yang kasih-mengasihi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...